tinggal berapa minggu je lagi aku kat bumi unisel ni, dengan kawan-kawan yang dah macam adik beradik nih..ohmai, mcamana aku nak tahan menangis kalo ak rindu diorang nanti . .
macam mana tak rindu kalau hari-hari kita asyik bersama je kan. kalo dengan bopren ambik masa berjam jam je dating. dengan bestfriend ni siang malam pagi petang, segala perangai setan kita dah ada dalam poket diorang dah. kalo dah habit suke korek idung calit bawah katil tu, lupekanlah hasrat nak berselindung. mmg takkan selamat.
ini housemate, mmg rapat gilewww, tapi sorang lagi dipaksa snap pict ni. ana!
kami ni ber enam sebenarnya dan telah pun bersemangat assabiah . asal ada group essignment, semua idung kembang kempis pandang wajah each other, dah tahu siapa masuk group mana. kalo lect nak satu group tiga org, kami terbahagi dua, kalo satu group nak lima orang, kami mintak nak enam orang. jeng! jeng! jeng!
tapi hidup tak selalunya adil, kadang-kadang lect tukar angin pilihkan groupmates, so kami semua terpecah. no wonder lah sebab kami suka cabaran. dan kami sangat berdayasaing. sangat!!
bukan setakat rapat dengan housemates je. classmates ni pun dah turut bersemangat assabiah dah pun. dah sebati dalam kehidupan, asal ada pertelingkahan yang libatkan ahli group, semua turun padang.
"jangan cari pasal dengan group enam kalau hidup tanak jahanam"
dan perangai masing-masing pun aku dah hafal satu-satu, tiada siapa antara kami yang selesa berada di tangga bawah. setiap semester, ada je rama-rama keluar dari kepompong. tiba-tiba eh dia nih dapat 4flat, tiba-tiba eh dia ni highest pointer, tiba-tiba eh dia ni lecturer puji.,tiba-tiba eh zulhijjah kapel dengan zikri. gluppp!! semua senantiasa help each other out menuju kejayaan bila salah satu berjaya,yang lain pukul gendang :')
btw group kami kalo join ape-ape pertandingan, tak pernah kalah. .Alhamdulillah :'). bila dengar orang-orang lain bergaduh bermasam muka dengan kawan sendiri, aku terpiker sendirian, eh group enam tak pernah bergaduh kan, setakat salah paham, merajuk sikit-sikit tu normal. biasanya perempuan lah yang selalu merajuk, alah perempuan kan PMS,PMS pula bukan emo dengan kawan je tapi dengan alam semester sekali. harap maklum!!.
fakta mengatakan group enam gile camera.
ketahuilah group enam. yang aku tak mampu achieve kehidupan se-best ini tanpa korang. korang buat hidup aku teruja dan ceria walaupun berada di ulu pedalaman yang dipenuhi taik-taik lembu. Terima kasih kesayanganku!
sebelum tutup cerita, dan sebelum aku lupa, sebelum ni kami kehilangan salah sorang ahli group. dia meninggal sebab sakit lekumia. Allah swt sayangkan dia, sebab tu Allah swt nak jumpa dengan dia. guys, kita dekat sini doakan arwah supaya ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.
bila kami free, kami akan buat tahlil untuk arwah.
sigh. i miss you guys so much! i hope all of you are doing your best right now, despite not being around each other. everyone is just one call away. remember that! lakukan apa yang kita nak, pegang prinsip
"biar malu seminit,jangan menyesal selamanya"
kbai~