Wednesday, April 04, 2012

usaha dan doa


selama ini aku memandang dunia ni dari sudut yang lain, aku leka dengan dunia dan apa yang ada di sekeliling aku. aku lebih mengenali golongan artis daripada golongan ulama, aku lebih suka dress dan sepatu tinggi daripada memakai jubah yang menutup rapi. disebabkan kelalaian ini aku tak pernah puas dengan apa yang aku ada, aku tak pernah menerima ketenangan yang abadi. malah aku tak pernah kenal cinta yang sejati.

pada suatu malam, aku dikejutkan dengan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila aku mula dibayangi dengan dosa-dosa dan kesalahan yang telah dilakukan. sehingga aku tak tahu di mana tempat untuk aku mengadu . teman yang selalu menjadi tempat meluah perasaan, kali ini aku tak bisa meluahkannya.

hamparan sejadah, sujud tahajjud, aku pejamkan mata rapat-rapat dan tarik nafas, air mata dah mula jatuh, di situ baru aku mula mengenal Allah swt, alahamdulillah hati aku telah di suluh supaya menampakkan Allah swt.

semakin banyak aku belajar tentang islam, semakin aku dekat dengannya,Alhamdulillah aku diberikan nyawa untuk bertaubat dan kembali menjadi hamba Allah. semoga Allah menunjukkan jalan seandainya aku hilang arah, dan semoga Allah memegang erat aku di dunia dan di akhirat.

sekarang masa untuk aku belajar segala apa yang aku tak pernah tahu tentang islam. aku tahu hidayah perlu di cari, bukan dinanti. .aku akan cari sehingga aku menemukannya.

usaha dan doa, itu yang diperlukan. kerana syaitan takkan berhenti mengajak aku untuk kembali pada jalan yang pernah aku lalui dulu. . 

ya Allah, sambutlah aku, jangan biarkan aku terlepas dari peganganmu lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...