Thursday, February 16, 2012

cita-cita saya doktor

dalam hidup ni semua orang ada cita-cita, tipu la kalau cakap takde cita-cita, paling bangang pon cita-cita nak jadi silormoon, tak pun nk jadi barbies, nampak sangat bangang nye tu. 

si bangang kat atas tu aku lah. masa zaman sekolah dulu cikgu suka sangat tanya cita-cita, sibuk nak tanya-tanya, orang tau lah orang nak jadi ape. lagi-lagi kalau ada cikgu baru, tak pun cikgu ganti, atau paling hot cikgu practikal lah suka sangat tanya.

awak, ape cita-cita awak.
saya nak jadi doktor, cikgu!.
bagus. .cikgu doakan awak.
terima kasih cikgu, dah boleh duduk ke?
silakan widiea.

masa tu aku sekolah rendah lagi, soalan-soalan berkenaan dengan cita-cita ni mmg selalu aku bg jawapan yang sama lah, doktor! padahal aku ni tak pernah lulus sains. bukan setakat sains, matematik, inggeris tu semua la tuh. masyarakat mana yang rela aku jadi doktor.

masa aku tingkatan enam, ada la cikgu sibuk nak tanya pasal cita-cita. nama cikgu tu zulkifli, dia cikgu seni  sebab aku aliran seni visual masa tingkatan enam.

widiea, awak nak jadi ape nanti?
doktor!
duduk!
terima kasih cikgu.

lepas dia suruh aku duduk, maka bermulalah persekolahan terhadap aku, bla bla bla bla bala. .ayat-ayat yang aku ingat masa tu, lebih kurang macam ni la. .widiea, awak ni umur dah besar panjang tapi tak tau lagi ape cita-cita awak. awak tak sedar ke mana hala tuju awak. harap muka je 'CUN'. dah jelas- jelas awak aliran seni visual, awak nak jadi doktor ikut celah mana? hah?? hah?? jerkah cikgu zul. .

lepas pada peristiwa tu, aku dah malas nak jawab apa cita-cita aku, sebab memang aku tak tahu cita-cita aku apa, belum pikir lagi nak jadi ape. ikut je lah takdir semata-mata. .keh keh keh.

sekadar hiasan. .


sekarang dah mencecah umur doploh dua nih baru aku tau cita-cita aku ape, aku nak kawin. . .boleh? setiap orang mesti kena ada cita-cita yok, ibarat angan-angan lar. .atau impian, atau pape je lah. usaha nak capai impian tu penting, dapat ke tak dapat tu belakang cerita. contoh yang terbaik, mcm aku la. .okey sekian terima kasih.

2 comments:

tirahzairi said...

cita2 saya pon nak kawin..hahahaa...

monologmalamhari said...

dari aku kecil hingga ke bsr nie .. macam2 cita2 dh aku sebut tpi dri kcil smpai la skrg ak ta pnah tfikir nk jdi doktor ..
hekhekhek ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...