Tuesday, May 15, 2012

cinta terpendam sampai tenggelam


semalam dapat jemputan kawin dari someone. sangat tak sngka dan rasa macam sedih pun ada. dah lama aku kawan dengan dia, dari kecik lagi sebab kitorang satu kampung. mandi sungai sama-sama, tolong orang kampung buat kenduri sama-sama, mengaji sama-sama, main terup, main carom . bak kata orang semuanya sama-sama.
bila dah besar panjang kita ikut haluan masing-masing tapi kita tetap kamcim. dalam tak sedar tu ada la sedikit perasaan, tapi aku ni jenis relexxx, wat derk je dulu. dia baik sangat, semua orang kampung suka kat dia sebab dia suka tolong orang, setia kawan, dia bukan jenis yang "say no to tolong org". tak dia bukan mcm tu.

aku ingat bila dah besar ni boleh la kawin dgn dia, rupenye idakkk. 9 tahun ak simpan perasaan, aku ingat dia paham tp dia lansung tak dpt detect. boleh plak dia suruh ak jadi pengapit sbb aku bestfrenzz dunia akhirat. adeh!
tapi xpe lah, aku ikhlas lepaskan dia. .bila dah ikhlas ni kita akan rasa tak perlu nyanyi lagu damn, damn, damn what i'd do to have you here, here, here. i wish you were here. tapi sekuat mana pun kita cuba tahan perasaan sedih tetap akn nangis jugak tau. tipu la kalo tak nangis kan. 
tapi tak bermakna kita tak bleh senyum, bak kata org ramai, cinta bukan untuk melemahkan, cinta untuk mnguatkan.

"jika kita mempunyai perasaan terhadap dia,
 beranikan diri untuk beritahu dia 
atau beranikan diri untuk melihat dia bersama orang lain." 

dan skrg aku pilih beranikan diri untuk jadi pengapitnya, biarlah cinta yang terpendam selama ni tnggelam selamanya boleh??.

Wednesday, May 09, 2012

princess yuyu saya


hari ni rasa nak story pasal sorg  kawan rapat aku aka housmate. dah genap 2 tahun ak dengan dia, macam-macam ragam, segala gelagak dia, cara dia, perangai dia, tabiat dia semua aku dah hafal satu-satu. by the way aku dengan dia tak serasi tapi kami kontra. faham tak?? macam bulan dan bintang, langit dan bumi yang jauh berbeza tapi saling memerlukan. so dengan sifat tu lah aku dengan dia di serasikan bersama.

org selalu cakap yang dia ni sorang yang sombong, berlagak, dn popuan yang entah pape. .

yerr dia memang menjengkelkan. dia tak suka budak-budak tapi dia selalu download video baby kat utube, dia selalu bercerita pasal anak-anak saudara dia, dia akan menangis semalaman bila anak saudara dia sakit, dia akan stress bila tengok video penderaan, dia tak sabar untuk ada anak sendiri. .aku tau sebenarnya hati dia tak sama dengan mulut dia. 

dia selalu kutuk orang habis habisan, selepas tu dia akan istighfar. .jelas mulut dia memang tak pernah sama dengan hati. dia tak suka kucing, bila ada je kucing masuk rumah dia terus halau tapi dia selalu ingatkan aku supaya bagi kucing makanan. dia memang tak layan lelaki yang tak berduit tapi dia selalu cakap yang dia nak kawin dengan orang macam iman muda hassan, miskin takpe, tak ensem pn takpe asalkan boleh bimbing dia.

dia selalu tinggalkan pakwe-pakwe dia macam tu je tanpa fikirkan perasaan orang. tapi sebenarnya mak dia yang selalu memilih dalam cari menantu, dia akan selalu menjaga hati mak dia walaupun hati dia yang akan terluka.

mereka yang tak kenal dia selalu anggap dia perempuan yang menjengkelkan, tapi aku selalu memahami dia sbb tu aku selalu ada untuk dia. .peace!!



dia lah princess yuyu saya. . perempuan mejengkelkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...