Sunday, September 14, 2014

kembali



Dua tahun aku menghilang..
dan kini aku kembali pulang...

Friday, November 23, 2012

gonna miss "group enam"

tinggal berapa minggu je lagi aku kat bumi unisel ni, dengan kawan-kawan yang dah macam adik beradik nih..ohmai, mcamana aku nak tahan menangis kalo ak rindu diorang nanti . .

macam mana tak rindu kalau hari-hari kita asyik bersama je kan. kalo dengan bopren ambik masa berjam jam je dating. dengan bestfriend ni siang malam pagi petang, segala perangai setan kita dah ada dalam poket diorang dah. kalo dah habit suke korek idung calit bawah katil tu, lupekanlah hasrat nak berselindung. mmg takkan selamat.


ini housemate, mmg rapat gilewww, tapi sorang lagi dipaksa snap pict ni. ana!
kami ni ber enam sebenarnya dan telah pun bersemangat assabiah . asal ada group essignment, semua idung kembang kempis pandang wajah each other, dah tahu siapa masuk group mana. kalo lect nak satu group tiga org, kami terbahagi dua, kalo  satu group nak lima orang, kami mintak nak enam orang. jeng! jeng! jeng!

tapi hidup tak selalunya adil, kadang-kadang lect tukar angin pilihkan groupmates, so kami semua terpecah. no wonder lah sebab kami suka cabaran. dan kami sangat berdayasaing. sangat!!


bukan setakat rapat dengan housemates je. classmates ni pun dah turut bersemangat assabiah dah pun. dah sebati dalam kehidupan, asal ada pertelingkahan yang libatkan ahli group, semua turun padang. 
"jangan cari pasal dengan group enam kalau hidup tanak jahanam"


dan perangai masing-masing pun aku dah hafal satu-satu, tiada siapa antara kami yang selesa berada di tangga bawah. setiap semester, ada je rama-rama keluar dari kepompong. tiba-tiba eh dia nih dapat 4flat, tiba-tiba eh dia ni highest pointer, tiba-tiba eh dia ni lecturer puji.,tiba-tiba eh zulhijjah kapel dengan zikri. gluppp!!  semua senantiasa help each other out menuju kejayaan bila salah satu berjaya,yang lain pukul gendang :')


btw group kami kalo join ape-ape pertandingan, tak pernah kalah. .Alhamdulillah :'). bila dengar orang-orang lain bergaduh bermasam muka dengan kawan sendiri, aku terpiker sendirian, eh group enam tak pernah bergaduh kan, setakat salah paham, merajuk sikit-sikit tu normal. biasanya perempuan lah yang selalu merajuk, alah perempuan kan PMS,PMS pula bukan emo dengan kawan je tapi dengan alam semester sekali. harap maklum!!.


fakta mengatakan group enam gile camera.

ketahuilah group enam. yang aku tak mampu achieve kehidupan se-best ini tanpa korang. korang buat hidup aku teruja dan ceria walaupun  berada di ulu pedalaman yang dipenuhi taik-taik lembu. Terima kasih kesayanganku!

sebelum tutup cerita, dan sebelum aku lupa, sebelum ni kami kehilangan salah sorang ahli group. dia meninggal sebab sakit lekumia. Allah swt sayangkan dia, sebab tu Allah swt nak jumpa dengan dia. guys, kita dekat sini doakan arwah supaya ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. 

bila kami free, kami akan buat tahlil untuk arwah.


sigh. i miss you guys so much! i hope all of you are doing your best right now, despite not being around each other. everyone is just one call away. remember that! lakukan apa yang kita nak, pegang prinsip 

"biar malu seminit,jangan menyesal selamanya"



kbai~

Thursday, November 01, 2012

kepada siapa yang perlu dipercayai.?

entri ni serius sikit. masing-masing sila buat muka serius sebelum baca. merujuk pada tajuk di atas "kepada siapa yang perlu dipercayai ?" 

okey, sila rujuk pada facebook,berlambak-lambak duk update status 

"kepercayaanku padamu 195%"

"ite prcaya awk angat2,arap awk jgn mainkn ite yer.ayang awk muah!!" (cam hareemm)

ramai yang percayakan boyfriend lebih dari segalanya, agaknye dia pikir yang bopren dia tu pelindung kaabah agaknye. tambah2 bebudak  sekolah yang baru nak kenal dunia ni. diorang ni kalo dah cauple. urmmh! urmmh!! urmmh!! setakat romeo juliet, laila majnun, laila isabella  tuh toksah duk lawan dorang la. sbb bebudak sek zaman skrg ni cauple lagi gempak! lagi hot!

kalo zaman-zaman sekolah aku dulu, cauple bagi surat buh bedak syurah kaler puple je. kalo yang jenis romentik sikit, tulis biodata dalam buku log. nak beli buku log untuk nota sejarah, ujung taun pun belum tentu nak beli. kumpul biodata budak-budak laki kelas sebelah boleh pulak, kalo dikira-kira mau dapat dua tiga bijik buku log penuh dengan biodata jantan. dasar menggedik!!

okey, cukup cerita pasal buku log. yang aku nak ketengahkan kat sini. budak-budak sekarang mudah sangat percaya kat boyfriend. bukan tak boleh dik, tapi memang tak boleh!! 

kau main bedal je ikut jantan sana sini, sebab dia boyfriend, kau percayakan dia??

cuba bukak minda sikit dik, kat paper tu berlambak berita bebudak kena rogol. tak cukup peper, video pun berlambak. search je youtube tu "budak kena rogol" bukan akak nak ajar tengok youtube ke ape ke, cuma akak nak suruh korang takut sikit dengan manusia nih.

kau percayakan boyfriend kau, sedangkan berlambak kes ayah rogol anak, atuk rogol cucu, abang rogol adik, sepupu rogol sepupu. kalo kita fikir balik. mereka-mereka semua ni antara ahli keluarga yang dipercayai, tapi mereka tetap sanggup merogol darah daging sendiri.

ada satu story yang aku pernah dengar tapi aku tak tahu sejauh mana kesahihannya. sorang budak perempuan kena rogol dengan abang dia, then dia ceritakan kat ayah. tapi ayah dia pun ikut rogol dia, sampaikan bapak saudaranya tahu then bapak saudaranya pun rogol dia jugak. .makan bertahun jugak la budak tu jadi mangsa manusia jahanam ni. orang-orang kampung tahu pun budak tu dah mental kot. 

nampak kan sekarang ni, kepada siapa yang perlu dipercayai?

kau masih percayakan boyfriend kau? dia siapa? malaikat kah dia? tiada nafsu kah dia? tak terliurkah dia tengok muka cute kau?

fikirkan dan masing-masing bukak minda. kita kaum wanita, perlu pelihara diri kita yang memang azalinya lemah ni. jangan kita yang musnahkan diri sendiri. apapun yang berlaku, segalanya berpunca dari diri kita sendiri. baik terima baik, jahat terima jahat.

take care guys!!

Thursday, October 04, 2012

sadisnye cerita ni

sorry sebab lama tak update (cakap kat blog sendiri sbb dah tahu takde orang kisah kalo aku tak update) semenjak dua menjak ni busy sangat dengan bermacam program, dengan teater lagi, esaimen yang berlambak-lambak , sticky notes penuh kat dekstop mcm tengah paksa aku utk buat itu dan ini. aishhhhh lagi stress.

bukti!!

kat sini aku akan tegaskan yang stress adalah berpunca dari diri sendiri. di ulangi diri sendiri! (anda boleh ulang banyak-banyak kali perkataan "diri sendiri" di rumah) why?? 

anda boleh juga cari jawapan terebut dari google. sbb aku bukan nak cerita pasal stress.apa yang aku nak cerita kat sini adalah tentang kemungkinan besar raya aidil adha tahun ni aku tak dapat balik kampung lagi. aku dah plan baik punya dengan member nak balik beraya sama-sama drive dengan cermat di malam raya sambil dengar alunan lagu-lagu raya dalam kereta, sesuai dgn tema perantau bukan.

but semalam ada orang pinjam kereta then terlibat dengan kemalangan. hancur kreta tu wooo tapi hancur lagi hati aku. .tiket bas dah sold out. dengan lect tak bagi cuti awal lagi. then how?? aku dah cuba bermacam-macam cara dan dah keluarkan berbagai-bagai idea. tapi hampaaa.

maka aku dapat bayangkan di pagi raya ,terdengar takbir raya dan masa tu aku masih terbaring di atas katil sambil bertemankan air mata, dalam bilik di penuhi tisu-tisu yang di baling,terdengar pula lagu raya s.jibeng.ouchh .sungguh sadis.

tak dapat aku nak teruskan. bye!!

Tuesday, September 11, 2012

this is stupid !

i don't understand. .bila ada orang tanya "you study mana?" aku jawab aku study kat unisel, then tiba-tiba orang tu cakap
 "ouh you la yang pijak-pijak gambar PM tu kan?" see!! walaupun itu hanya gurauan tapi nampak bukan yang aku terkena tempias manusia-manusia yang tak bertanggungjawab tu.

seriously i don't get it. . kenapa perlunya mengadakan demostrasi macam ni hanya kerana ketidakpuas hati yang tidak relevent?? that is definitely not the right way of voicing your dissatisfaction 'desire'.. we have channels that we can voice it out..apa yang kalian buat nanti akan menyusahkan orang lain dan diri kalian sendiri..!!


i only have one word for these people..STUPID! tugas kalian sekarang adalah STUDY.. you are students for sake! not politicians or activists. .tugas seorang pelajar adalah untuk belajar.. habiskan dulu pengajian, then bila dah berjaya dan dah jadi orang baru pikir pasal bende ni. ni tdk, belajar pon entah ke mana.. dah berani nak buat macam-macam. akhirnya end up kat tirai besi jugak..remember that!!


kalian tak rasa macam mana peritnya orang-orang dulu untuk bebaskan Malaysia. sebab tu la kalian main BEDAL je ape yang kalian nak buat. come on la. .Malaysia dah aman dah, tak payah la nk ejas-ejas lagi. duduk je kat Malaysia ni.

Monday, August 06, 2012

Jasa Sepohon Epal

























kredit to sagahayat.blogspot.com

Wednesday, July 25, 2012

Allah Panjangkan Usia Ayah


hari ni 25 julai 2012 seperti biasa lah , bufday ayah , dari dulu sampai sekarang mmg ni lah satu satunye tarikh bufday dia . tak pernah tukar . 

tahun ni tak sambut meriah macam tahun-tahun lepas sbb skrg bulan ramadhan , semua busy pikirkan menu  utk berbuka drp pikir ttg bufday ayah . mesti ayah frust kan !!


okey , sekarg aku nak wish bufday ayah kt sini boleh tak ,? bolehhhhhhh

ehem ! ehem ! test .. test .. one two three

ayah , selamat hari jadi tau , hari ni kaknik nk ambik ksempatan utk mtk ampun dn maaf kalo spanjang 22 tahun kaknik dlm jgaan ayah ni , kaknik ad bt salah (byk sgt ) atau sakitkn hati ayah (pun byk jugak) .

ayah , doakan kaknik berjaya dunia akhirat tau . doakan kaknik jd seorang anak yang baik , isteri yg solehah , sahabat yg setia dan wanita yg hebat ! kaknik brsyukur jd anak ayah sbb bg kaknik ayah lah lelaki yg plg baik , sporting , jujur , lembut hati , pemurah , memahami dn smua best !!


ayah , kaknik doakan ayah panjang umur sbb kaknik blom puas hidup dgn ayah . bergurau dgn ayah , kena marah ngn ayah , kenakan ayah , merajuk ngn ayah ,smbhyang berimam dgn ayah . semua tu best tau ! 

ayah , terima kasih sbb sabar dgn karenah anak-anak ayah ni . dan terima kasih sbb selalu bg nasihat , kongsi pengalaman , selalu luah perasaan masing-masing . you cool giler ayah !!

Happy Bufday Ayah !!




Saturday, July 21, 2012

Jom Join Give Away Edy


sengaja aku letak barner atas sekali sbb nak suh korang tekan barner dan terus terjah blog dia, jgn diterjah aja dong , join sekali !! please support la wey. .member kite jugak, lgpun dapat hadiahhh !!

ak nak bg ucapan sepatah dua kata about blog Edy ni. blog edy mmg tempat untuk hilang strees , sbb ape ? sbb entri dia slalu kelakar dan very fun fun fun lah !! setiap entri mesti ada moral of the story walaupun takde kena mngena lansung dgn cerita yg dia buat . Entri Edy ni selalu ada lukis-lukis , kadang2 lukisan dia ada baju , kdg2 takde . benda2 mcm tu lah yg buat org tak tahan gelak tu . ok ak tanak cerita lebih , kalo nak tau lebih lanjut , sila layari edyfee.bogspot.com  sendiri !!

entri blog dia yg aku rasa paling takleh blah , mmg kelakar gile .
banyak lagi yg kelakar, kalo nak tau , sila tgk sendiri .

aku takde idea nak tolong tambah kat blog dia , tapi ada sedikit cadangan la , ape kata try buat entri cerita2 dongeng macam cerita snow white , cinderella tapi kan ubah ending cerita tu jadi satu cerita yg kelakar.

mintak2 la edy yang baik hati dan bergaya-gaya tu bagi hadiah ni kt aku. . (ayat pancing)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...